Badan Pengawas Sekolah Kebangsaan Pernu bersama pentadbiran Hal Ehwal Murid dan Unit bimbingan dan Kaunseling telah mengadakan satu majlis iaitu majlis penyerahan watikah perlantikan pengawas sekolah, pengawas pusat sumber, pengawas kebersihan, pengawas skim buku teks, ketua dan penolong ketua darjah pada 19 Januari 2009.Seramai 44 orang murid yang terdiri dari kalangan pengawas sekolah, 47 orang murid pengawas Pusat Sumber, 8 orang murid pengawas kebersihan, 9 orang pengawas SPBT, 15 orang murid ketua darjah dan 15 orang murid lagi adalah penolong ketua darjah yang dilantik pada hari tersebut.Semua murid dan pengawas sekolah telah berhimpun di padang perhimpunan pada pukul 7.30 pagi sebelum majlis di mulakan. Semua murid dan pengawas telah diberi taklimat ringkas yang telah disampaikan oleh pengerusi pada majlis tersebut iaitu En. Rostam B. Jalil. Pada pukul 8.00 pagi tetamu undangan Sarjan Aziz B. Hassan Penolong Ketua Balai Polis Kandang yang dijemput khas untuk majlis perasmian penyerahan watikah perlantikan pengawas bagi sesi 2009 tiba di perkarangan sekolah kebangsaan Pernu yang telah disambut oleh guru besar SK Pernu En. Ibrahim B. Moktar bersama Pn. Hamimah Bt. Shaari GPK 1, dan Pn. Lee See Lat GPK HEM serta diiringi juga Pn. Norlinda selaku GPK Kokurikulum.